Kehidupan awal dan pendidikan Amir_Ahnaf

Amir Ahnaf dilahirkan dan dibesarkan di Terengganu. Beliau merupakan anak sulung daripada 9 adik beradik.

Beliau merupakan Presiden Badan Wakil Pelajar. Amir Ahnaf telah mempelajari ilmu Silat sejak tingkatan 1 sehingga tingkatan 5, dan pengalaman dalam seni mempertahankan diri ini banyak membantunya ketika memainkan watak sebagai Kahar (Projek: High Council) yang penuh dengan adegan aksi. Selain itu, beliau juga pernah menyertai pasukan ragbi sekolah sejak di Tingkatan 1 dan telah menyertai pelbagai jenis pertandingan termasuklah pertangan taranum Al-Quran dan berazan. Tidak dilupakan bahawa beliau pernah menubuhkan sebuah band sendiri ketika berada di sekolah dan memegang posisi sebagai vokalis utama.